Majlis Sambutan Aidilfitri 1428H
p/s: email ini telah ana hantar pada semua dalam contact list ana. timakasih kepada siapa yang dah RVSP. andai anda tak dapat, dah mahu dapat, sila laa ym ana (wana_132) ye. timakaseyy!
Assalamualaikum sisters dearest.
Ramadhan kareem sudah pun hampir melabuhkan tirainya......tapi tak labuh lagi tau! Masih ada beberapa hari lagi untuk mengejar hikmah ramadhan ini, specifically Malam Al-Qadr. Jadi bolehlah kita semua masuk ke kelajuan gear-5 umpama kereta Evo VIII untuk mempergandakan amal ibadat dan perbaharui niat. Ana selitkan di sini satu hadith riwayat Ahmad di mana Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
Puasa dan al Quran itu akan memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat nanti. Berkata puasa, "Tuhanku ! Aku yang menahannya dari makan minumnya dan syahwatnya maka berilah aku untuk memberikannya syafaat." Dan berkata al-Quran pula, "Aku yang menahannya dari tidur malam (untuk membacaku), maka berilah aku memberikan syafaat kepadanya." Firman Allah s.w.t, ‘Berilah syufa‘at kamu itu’.
Dan kemudian selepas itu...kita kembali kepada fitrah. Itulah makna 'Aidilfitri' yang sebenarnya, bukan bermaksud kita terlepas dari penjara Ramadhan tau! Hari itu untuk kita sambut kemenangan dan memasang tekad untuk kekal dengan kesedaran2 yang diperoleh dalam Ramadhan. Justeru....
.:Majlis Sambutan Aidilfitri 1428H:.
"Kesedaran penuh akan kehidupan dunia yang berdimensikan akhirat harus berada pada puncaknya saat Aidilfitri, dan bukan sebaliknya."Tarikh: 1 Syawal 1428H (either 13 or 14 October 2007)Tempat: Engineering Cafe (inshaAllah akan dihias rapi)Waktu: 9 am - 12 pm (bermula selepas solat sunat Aidilfitri)Mohon kerjasama sisters semua, boleh tak tolong RVSP (Respondez S'il Vous Plait: French for Please Reply) kehadiran anda kepada ana by Wednesday? Cara dia mudah aja, reply to this email, tak perlu tulis apa2 pun will do. Kami mahu budget makanan kerana undangan ini turut meliputi brothers dan postgrads, basically semua Aucklanders! Mesti la taknak shortage of rendang kan?Sekian, itu saja dari ana. Hope to hear from you soon.