oLe oLE Ole~
Ehem... maaf, ini bukan satu promosi untuk football atau yang sewaktu dengannya =D.
It's Inter Circles Ole Ole Kuih Raya Contest!
Tarikh : 6 Oktober 2007
Waktu : 1.30 p.m – 4.30 p.m
Tempat : Kitchen, Railway Campus
Tentatif :
2.00pm – Berkumpul di Railway Campus Kitchen
2.15pm – Bermula pertandingan
4.15pm – Kuih raya dihidang dan dihias. Setiap kumpulan membaca resipi masing-masing. Juri akan ke meja
4.45pm – Solat Asar berjemaah
5.30pm – Tadarus / Berehat / Aktiviti Bebas
6.30pm – Berkumpul untuk berbuka. Juri akan mengadili kuih raya. Solat Maghrib kemudian makan malam
9.00pm - Solat Isya' diikuti sunat Tarawih
10.00pm – Keputusan diumumkan. Bersurai
Syarat –Syarat Penyertaan:
- Resipi kuih raya yang diguna tidak mengambil masa lebih dari 1 jam untuk dimasak.
- Setiap circle harus mengubah-suai cara menyampaikan resipi dengan menggabungkan aspek-aspek dan fakta- fakta Islam di dalam resipi tersebut. Rujuk contoh di bawah. Resipi akan dibaca selepas selesai pertandingan.
- Setiap kumpulan perlu membawa bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan sendiri. Hanya ketuhar dan dapur akan disediakan.
- Setiap circle bebas memilih apa-apa resipi kuih raya asalkan tidak melanggar syarat 1.
- Setiap ahli circle perlu terlibat dalam penyediaan kuih raya.
- Semua bahan yang digunakan adalah halal
- Semua circle wajib terlibat dalam pertandingan ini
- Keputusan juri adalah muktamad (hehehehe)
- Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada fasilitator circles: Kak Adilah, Kak Efi, Kak Safura, Kak Sarah, Kak Sumayyah dan Kak Ana. ;)
Contoh buat Rujukan:
Resipi Kek Kurma
Bahan-Bahan
___A__gram kurma tanpa biji
___B__cup(s) tepung naik sendiri
___C__gram butter
___D__cup(s) Castor sugar
___E__biji telur
___F__tablespoon serbuk koko
Soalan
- Jumlah askar muslimin yang terlibat dalam Peperangan Badar.
- Bilangan Bai’ah Aqabah telah diadakan pada zaman Rasulullah s.a.w
- Jumlah ayat surah Al-A’raaf + Jumlah ayat surah Al-Ma’arij.
- Jumlah Bai’ah Hudaibiah telah diadakan pada zaman Rasulullah s.a.w
- Jumlah sahabat yang telah diIslamkan oleh Saidina Abu Bakar pada dakwah terawalnya.
- Jumlah Eid yang ada dalam setahun
Cara-Cara Membancuh Kek
Penyaksian bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah membawa kita ke satu tahap yang lebih tinggi di dalam masyarakat manusia secara keseluruhannya, yang sememangnya mempunyai fitrah yang sama. Maka Islamlah yang membezakan darjat manusia di kalangan manusia sendiri, menyucikan diri dari kerosakan akibat ‘tangan-tangan’ manusia, dan memandu manusia dalam perihal kehidupan. Mungkin, kelompok manusia mempunyai sari rasa dan gerak hati yang berbeza, namun hampir semua manusia mempunyai darma yang sama- suka kepada perkara yang membawa kepada kepuasan hati (nafsu). Memuaskan nafsu dengan perkara yang bercanggah dengan syariat Islam membawa kepada gelapnya hati manusia seperti gelapnya warna buah kurma. Bayangkan bagaimana kurma yang gelap itu direbus dan dilenyekan sehingga menjadi kepingan-kepingan yang kecil. Sedih bila difikirkan jika kita mati dalam hati seperti kurma itu tadi, dianalogikan jauh dari rahmat Allah. Fikirkanlah.
Sesungguhnya, memang tidak dapat dinafikan lagi hidup manusia bercampur-aduk dengan pelbagai perkara-pahit, manis dan segalanya ibarat butter yang dicampurkan bersama gula serta dipukul sehingga sebati. Putih dan bersih tanpa sebarang kotoran warna2 lain. Begitulah kehidupan manusia pada awalnya. Kehidupan ini begitu rapuh. Tanpa sokongan iman yang teguh, kehidupan ibarat telur yang begitu mudah pecah jika tidak dijaga. Maka, kehidupan yang sedia pelbagai ini dicampurkan lagi dengan putih dan kuning telur, menambahkah warna2 dalam kehidupan. Hiduplah di atas muka bumi Allah ini dengan acuan yang telah ditentukan Allah. Janganlah menokok tambah apa yang ada di dalam agama yang sedia murni ini seperti menambah serbuk koko dan kurma ke dalam bancuhan kehidupan itu tadi. Peliharalah agama yang suci ini. Ingatlah bahawa neraka Allah maha panas, lebih panas dari suhu oven 180°C dan hukuman Allah maha panjang jangkanya, dan bukan dipanaskan sekejap sejam lamanya. Peliharalah hidup ini dengan agama Islam yang suci dan hiasilah diri dengan akhlak yang mulia seperti indahnya hiasan yang ada pada kek-kek hari ini. Wallahu’alam. =)
Labels: Contest